Wednesday, January 6, 2016

Jenis Makanan Untuk Mengempiskan Perut Buncit

Lemak yang menutupi perut lebih membahayakan kesihatan kita daripada jenis lemak lain pada bahagian tubuh kita. Penyakit seperti jantung, diabetes jenis 2, dan bahkan kanser adalah beberapa keadaan yang boleh disebabkan oleh lemak perut yang berlebihan. Melakukan latihan, seperti aerobik, jogging, senaman perut adalah usaha yang umum untuk mengikis lemak perut dalam rangka untuk mengempiskan perut buncit. Namun Lemak perut seringkali lebih sukar untuk dihilangkan bahkan dengan sukan. Diet sihat untuk menghilangkan lemak di perut bukan sahaja rendah lemak atau mengekalkan lemak, akan tetapi tubuh juga memerlukan makanan yang bermanfaat untuk pembakar lemak.

Berikut beberapa jenis makanan sihat untuk membantu mengempiskan perut buncit:

Makanan mengandung serat

Oatmeal dan kacang adalah contoh makanan yang tinggi serat, yang boleh membantu anda untuk menghilangkan lemak perut dengan beberapa cara. Pertama, serat akan membuat anda berasa lebih cepat kenyang daripada makanan yang rendah serat. Serat memerlukan masa lebih lama untuk dicerna, sehingga akan mengekalkan rasa kenyang anda. Dengan demikian dapat menghilangkan keinginan anda untuk makan snek makanan ringan yang sarat kalori. Ngemil kelihatannya remeh dan tak mengenyangkan, namun justru itu ngemil adalah cara yang berpotensi untuk mengumpul lemak di perut anda.

Serat larut juga boleh membantu untuk mengeluarkan racun dari dalam tubuh. Ketidakseimbangan hormon boleh menyumbang untuk simpanan lemak dalam perut, dan boleh diatasi dengan cara makan-makanan yang mengandungi serat tidak larut, seperti biji-bijian yang dapat mengikat kelebihan estrogen untuk diekskresi.

Makanan mengandungi Protein

Protein lebih seperti serat, kerana dapat memanjangkan rasa kenyang. Protein juga memerlukan lebih banyak kalori untuk mencerna, daripada buah-buahan dan sayur-sayuran. Telur adalah salah satu sumber protein, serta mengandungi vitamin B12 yang penting untuk memecah sel-sel lemak.

Kacang juga baik untuk membantu membakar lemak. Kacang sekaligus menyediakan keperluan ganda, iaitu menyediakan protein dan juga tinggi serat. Namun beberapa kacang perlu anda elakkan kerana tinggi lemak tepu, seperti misalnya kacang panggang yang boleh penuh mengandungi gula.

Makanan mengandungi Enzim

Buah betik dan nanas mengandungi enzim yang boleh membantu memecahkan protein agar dapat dicerna lebih baik. Makanan yang mengandungi enzim seperti buah-buahan dan sayur-sayuran mentah akan memberi peluang kepada hati dan pankreas untuk mengeluarkan lebih banyak racun, serta mengubah lemak yang tersimpan didalam perut untuk diubah menjadi bahan bakar bagi tubuh.
Makanan mengandungi lemak sihat

Makan-makanan yang mengandungi lemak tidak selalu membawa kepada lemak yang buruk bagi perut. Semua bergantung dari jenis lemak apa yang anda konsumsi. Lemak tak jenuh tunggal justru dapat meningkatkan metabolisme, serta menyasar lemak perut untuk dijadikan tenaga. Makanan yang tinggi lemak sihat seperti minyak zaitun dan buah avokado.

Minyak zaitun tidak hanya akan membantu membakar lemak, tetapi juga bermanfaat untuk menjaga kadar kolesterol. Makanan lain seperti almond, yang tidak hanya tinggi lemak tak jenuh tunggal, akan tetapi juga mengandungi protein yang bermanfaat untuk membantu membakar lemak untuk mengempiskan perut anda yang buncit. Pprotein akan menekan rasa lapar anda, sehingga dapat mencegah untuk ngemil berlebihan.

0 comments:

Post a Comment